"Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebajikan dan bertaqwa" (Al-Maidah: 2)

Jom bantu bina baru Masjid Kg Jawa

Bantu Kami Menyempurnakan Rumah Allah

Masjid kita memerlukan bantuan anda untuk menyempurnakan pembinaan yang sedang berjalan

Masjid Kampung Jawa sekitar tahun 2010

Gambar masjid Kampung Jawa pada awal tahun 2000

Latar Belakang Projek

Masjid Kariah Kampung Jawa Batu 18 Hulu Langat telah berkhidmat untuk masyarakat setempat sejak tahun 1960-an. Kini, bangunan masjid yang sedia ada sudah uzur dan tidak lagi mampu menampung jemaah yang semakin bertambah.

Jawatankuasa pembangunan masjid baru telah ditubuhkan pada tahun 2015 apabila masjid telah menerima wakaf tanah daripada salah sebuah keluarga ahli kariah seluas kira-kira 3 ekar dan diamanahkan untuk pembinaan masjid.

Sehubungan itu juga, pihak AJK telah menguruskan tanah tersebut sehingga memperolehi status wakaf masjid pada tahun 2020. ( HSM 10974 Lot PT 14333 dan HSM 11059 Lot PT14346 )

Dana terkumpul

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Teknikal JAIS dalam mesyuarat pada 4 Jun 2025 telah meluluskan pelan susun atur pembinaan masjid tanpa sebarang pindaan. Alhamdulillah, ini adalah satu langkah besar ke arah merealisasikan impian kita.

Diperlukan untuk mulakan kerja

Namun, bagi memperoleh kelulusan mula kerja, pihak berkuasa telah menetapkan syarat agar masjid perlu mempunyai Dana Permulaan minimum RM2 juta. Setakat ini, dana yang telah berjaya dikumpulkan ialah RM1.28 juta. Ini bermakna, kita masih memerlukan RM720,000 lagi untuk mencapai sasaran tersebut.

Bajet keseluruhan pembinaan

Setiap sumbangan tuan/puan, walau sekecil mana, adalah amal jariah yang akan diberkati Allah SWT. Marilah kita merebut peluang ini untuk bersama-sama membangunkan rumah Allah.

Gambar tapak wakaf masjid (tahun 2021)

Ini adalah anggaran perletakan plan di tapak masjid. bukan ukuran sebenar

Reka bentuk Masjid

Jawatankuasa Teknikal JAIS dalam mesyuarat pada 4 Jun 2025 telah meluluskan pelan susun atur pembinaan masjid tanpa sebarang pindaan.

Bantu sebarkan kebaikan kepada kawan-kawan kita

share di whatsapp facebook insta dan X anda. Terima kasih

Social Media Share Links